Latar Belakang

Hari Belia Negara

Hari Belia Negara (HBN) disambut pada 15 Mei setiap tahun.

Sambutan HBN pertama adalah pada tahun 1964. Ia dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dianjurkan kerana mengambil kira semangat kepada penubuhan KBS.

Objektif

Matlamat Sambutan Hari Belia Negara

Penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan belia

Memberi semangat dan meningkatkan kesedaran dikalangan belia bahawa belia masih diberi perhatian oleh kerajaan.

Menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme dikalangan belia dengan menyumbang kepada pembangunan negara

Menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia.

GENTA HARI BELIA NEGARA 2022